Make your own free website on Tripod.com

Biro Pendidikan Persatuan Bekas Pelajar STAD

Home
Isi Kandungan
dari Sidang Editor
TAHUN 2007
Cadangan
Aktiviti / Peristiwa

logosmktad.jpg

BIRO PENDIDIKAN

PERSATUAN BEKAS PELAJAR

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

TUNKU AMPUAN DURAH, SEREMBAN.

 

BULETIN INFORMASI

Bil.3/Januari 2007

Welcome graphic


img_0263.jpg

SELAMAT TAHUN 2007

 

KAJANG 5 Disember:   Biro Pendidikan Persatuan Bekas Pelajar STAD mengucapkan Selamat Menyambut Tahun 2007 khususnya kepada semua ahli-ahli alumni dan warga STAD amnya SERTA mereka bakal ahli. Pihak Biro berkenyakin tahun 2007 ini merupakan tahun yang lebih mencabar bagi setiap orang kerana bukan sahaja dari segi peribadi tetapi persekitaran Justru pihak biro ingin mengambil kesempatan ini supaya kita sama-sama mengembeling tenaga baik bersifat pengalaman dan pengetahuan maupun dari mencurahkan perkara-perkara berupa material dan wang ringgit. Ahli-ahli alumni hendaklah sentiasa berhubung dan pada mereka bekas pelajar STAD (belum mejadi ahli alumni) diseru supaya dapat menjadi ahli alumni yang keahliannya sentiasa dibuka.

Diberitahu juga, Insyaallah alumni akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya pada bulan Mei 2007 ini. Khabarnya kepimpinan alumni yang sedia ada sekarang ini akan cuba meninggalakan kerusi panasnya itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baru.  Oleh itu diseru kepada ahli-ahli alumni yang bertenaga muda khususnya supaya dapat menyiapkan diri mengambil alih tugas berat ini. Ini bukanlah bermakna kami kepimpinan lama ini akan terus membuat ucapan good-bye tetapi sejak alumni ditubuhkan tahun 2000 lalu, rasanya telah cukup khidmat kami yang tidak seberapa ini, demikian menurut suara salah seorang AJK alumni ketika pihak Buletin berbual panjang pada suatu petang dengan beliau.

Pihak Biro Pendidikan akan terus membantu alumni dari masa kesemasa. Memang banyak program atau projek yang dirancangkan tahun 2007 ini tetapi almaklum sahajalah wujudnya beberapa kekangan-kekangan. Namun demikian kesemua itu akan menjadi beres seandainya jika kita sama-sama berganding bahu dan bersedia berkorban. Akhir kata sembah ampun maaf dipohon dari kami dan selalu-selalulah kunjungi kami ini. Semuanya untuk kebaikan kita bersama dan yang baik itu datangnya dari Allah jua dan sebaliknya dari saya insan yang lemah serta serba kekurangan ini. Sekian terima kasih dan jumpa lagi.  

 

SALAM DARI KAMI EDITOR

 

 

Pelajar-pelajar STAD ketika Ceramah Motivasi
img_0118.jpg

Questions or comments? Get in touch with us at:

alkelulut@gmail.com

Phone: 012-6931220

Full name:
Email address:
Comment: